Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri

“TaqabbalaLlah Minna wa Minkum” (semoga Allah menerima ibadah kita semua), Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan, taulan, pengunjung blogg Groud Zero dan seluruh umat islam di Bumi Allah ini.
Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf di atas kesalahan samada yang tersirat atau tersurat, sengaja atau tidak sengaja, samada melalui perbuatan, perkataan, pandangan dan lain-lain lagi yang tidak dapat disebut disini. Saya berdo'a agar Allah menemukan kita pada Ramadhan dan Syawal tahun hadapan 1432H.
Aidilfitri tahun ini saya menyambut dengan penuh gembira dengan kehadiran seorang baby cute perempuan aku. Wassalam....

Isnin, 6 September 2010

Anak ke 3 Dalam Keluarga ku

"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar....Segala puji bagi Nya, Tiada Sekutu Bagi Nya".
Pada 4 hb September 2010, 6.24 am seorang Baby perempuan selamat dilahirkan yang juga merupakan tambahan bilangan dalam ahli keluarga ku. Aku panjatkan kegembiraan ini di atas pemberian rezeki dari Maha Pencipta, Allah Maha Esa.
Baby ke 3 aku ni tidak seberat anak pertama dan kedua. Beratnya cuma 2.65 kg dan rambut tidak selebat kakak dan abang dia. Walaubagaimana pun syukur kepada Allah Maha Besar yang memudahkan hambanya menunaikan setiap urusan Isteriku dan anakku.
Ketika ini aku tengah memikirkan nama yang sesuai untuk baby aku ini.
Kepada rakan-rakan pembaca blogg, mohon di do'a kan agar keluargaku khususnya isteri dan anak aku dalam keadaan sihat walafiat dan di murahkan rezeki hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.