Rabu, 20 Julai 2011

Selasa, 5 Julai 2011

Kursus Blog Menarik Minat Masyarakat Semporna




Astro hisap duit Rakyat!!! - Mana Keadilan

05/07/2011 1:58pm

KUALA LUMPUR 5 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta supaya tidak meluluskan permohonan stesen televisyen berbayar Astro untuk melakukan pelarasan harga terhadap pakej yang ditawarkannya kepada pengguna mulai 11 Julai ini.

Senator Datuk Mohd. Najeeb Abdullah berkata, ini kerana Astro mempunyai jumlah pelanggan yang tinggi dan memperoleh sumber kewangan yang tetap.

"Saya difahamkan Astro mempunyai pelanggan lebih tiga juta orang dengan jumlah keuntungan yang berjuta-juta ringgit. Ternyata keuntungan ini sudah cukup membuktikan Astro mampu menanggung kos operasi siaran mereka.

"Apabila stesen ini membuat pelarasan harga, ia akan mendatangkan bebanan baru kepada pengguna,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara.

Sebelum ini Kabinet telah memutuskan bahawa Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatannya selagi ia tidak mendapat kebenaran daripada SKMM. - Bernama

Selasa, 28 Jun 2011

Say No! 2 BERSIH!

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]

Khamis, 23 Jun 2011

Lethal 9 Mantap!!!


Salam sejahtera, tiba masanya untuk kongsi ngan kawan-kawan mengenai raket yang aku beli pada hari selasa. Memang mantap, stabil....jika rakan2 blog mempunyai permainan suka smash, return shuttle yang baik malah bagi yang sukan main laju dengan bola yang mendatar..... saya memang syorkan kepada rakan-rakan untuk mendapatkan raket ini sebagai koleksi.

Apa pun kesesuaian tersebut terletak ditangan anda. Sekian.

Selasa, 21 Jun 2011

Apac Lethal 9

Lama sudah Ground Zero tidak mengupdate blog ni. Hari ni gatal tangan pula mau menulis; saja mau bikin kasi panas kawan-kawan blogger. GZ terpaksa mengorbankan kad plastik aku semata-mata mau mendapatkan khidmat darinya. Peratusan khidmatnya, tak lah banyak sangat, tapi jika digabungkan dengan yang lain pasti membuatkan rakan seperti ckrul, cnuai, hatta & zaba...ops lupa kawan yang ada di Putrajaya, rizman pasti akan terhibur dengan aksi GZ.

Bah...itu saja yang aku kongsi ngan rakan blog, ndak sabar untuk beraksi hari ni. Nanti GZ kongsi ngan rakan-rakan di masa akan datang!

Sabtu, 23 April 2011

Allahu Akbar!

WHY DID POPE JOHN PAUL II KISS THE HOLY QURAN ?


Rabu, 20 April 2011

BLR, Inflasi dan Risiko Politik

Rencana ini, 0cool dapati dari blog Datuk Dr. Mohd Khir Toyo (mantan MB Selangor) untuk tatapan rakan-rakan

########################

1. Pada bulan hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu lagi mesyuarat membabitkan isu Overnight Policy Rate (OPR). Sebelum ini pada bulan Mac lalu BNM tidak membuat sebarang kenaikan OPR. Pada tahun 2010 sebanyak tiga kali kenaikan OPR diumumkan pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan dari 2.0 kepada 2.75.

2. Kenaikan OPR ini akan berkait langsung dengan kenaikan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas. BLR turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30 pada Julai 2010.

3. Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.

4. Apa yang saya faham secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.

5. Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli?

6. Tanda-tanda BNM hendak menaikkan kadar OPR tampak jelas apabila beberapa penganlisis ekonomi yang "mesra" kerajaan meramalkan kenaikan ini bagi mengawal inflasi.

7. Pada tahun lalu BNM menaikkan OPR sebanyak tiga kali apabila negara mengalami inflasi. Malangnya kenaikan sebanyak tiga kali tersebut gagal mengawal inflasi apabila inflasi terus meningkat pada bulan Disember lalu sehingga kini.

8. Mengapa ia gagal? Ini kerana kenaikan kadar inflasi di Malaysia pada masa kini berkait rapat dengan kenaikan harga barangan asas dan keperluan utama yang sebahagiannya dikawal oleh kerajaan.

9. Misalnya pada tahun 2010 sebelum kenaikan OPR, kadar inflasi negara naik akibat kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus.

10. Selepas kenaikan BLR pun, inflasi masih meningkat. Kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan lalu dilaporkan oleh FOMCA. Menurut Fomca,

"Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kenaikan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus."

11. Jelas sekali sebahagian besar punca kenaikan harga barang adalah kerana kerajaan memotong subsidi. Jadi kadar inflasi yang tinggi ini ialah akibat pemotongan subsidi. Justeru kenaikan OPR dan BLR tidak memberi kesan apa-apa kepada inflasi kerana majoriti rakyat membayar barangan ini bukan untuk kemewahan tetapi untuk keperluan.

12. Lihat kenaikan-kenaikan harga barangan yang mengakibatkan inflasi melonjak tinggi adalah akibat daripada pemotongan subsidi dan kenaikan harga bahan tenaga bukannya kerana lebihan permintaan berbanding penawaran.

13. Dengan menaikkan OPR dan BLR, rakyat bukan sahaja terpaksa membayar barangan harian yang tinggi tetapi perlu menjelaskan hutang pinjaman perumahan dan peribadi yang lebih tinggi. Ini bermakna rakyat akan terus dibeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

14. Kenaikan BLR hanya menguntungkan sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang mempunyai wang berjuta ringgit dalam simpanan tetap tetapi menindas majoriti rakyat. Saya berharap kerajaan tidak membenarkan polisi ekonomi negara yang membabitkan BLR ini ditentukan oleh birokrat ekonomi BNM sahaja.

Risiko Politik

15. Setiap kali kenaikan OPR dan BLR yang ketara dari tahun sebelumnya, Barisan Nasional akan berhadapan dengan keputusan pilihan raya yang tidak memberangsangkan. Walaupun terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keputusan pilihan raya, namun kenaikan BLR turut memberi kesan negatif kepada BN.

16. Keputusan pilihan raya 2008 dan 1999 berbanding 2004 dan 1995 kepada BN boleh dihubungkan dengan naik turun BLR. Pada 2008, BLR ialah sebanyak 6.75 berbanding pada 2004, 6%. BLR 6% kekal sehingga 2006 sebelum dinaikkan pada 2007 dan 2008. Akibatnya kita tahu apa yang berlaku pada tahun tersebut kepada BN.

16. Pada 1999, BLR ialah pada 8% dan kita juga tahu nasib BN ketika itu. Memang benar ada faktor lain yang lebih besar. Namun himpitan terhadap majoriti rakyat yang mempunyai pinjaman ini menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan membakar kemarahan rakyat terhadap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 1995 BN mencapai kemenangan cemerlang, BLR ketika itu ialah 6.6 (berbanding 1994 sebanyak 8.25% dan 1993 sebanyak 9.5%).

17. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan taktik OPR dan BLR ini untuk mengawal inflasi. Inflasi tak terkawal, rakyat makin susah. Bukankah tujuan mengawal inflasi untuk membantu rakyat. Tapi jika ia lebih menyusahkan rakyat apa perlu dikawal dengan kaedah ini?

18. Dalam usaha mengatasi kadar inflasi yang tinggi jangan pula kita menjadi seperti tikus membaiki labu.

# 0cool amat bersetuju dengan pandangan Ybhg. Dr. Khir terutamanya part 17. Disinilah pemikiran kearah inovatif & kreatif di perlukan kepada pembuat keputusan...

Isnin, 18 April 2011

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SYABAS rakyat Sarawak kerana memberi semula mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu.

Awang berharap kerajaan baru Sarawak dapat mengembalikan semula kepercayaan itu kepada rakyatnya dengan bersungguh- sungguh.

Rakyat Sarawak masih mengharapkan banyak bantuan daripada kerajaan, terutamanya kaum Bumiputera yang cukup taat kepadanya.

Sudah sampai masanya kerajaan Sarawak memberi perhatian sepenuhnya kepada pembangunan di kawasan-kawasan yang menyokongnya.

Kuatkan pusat-pusat pentadbiran di luar-luar bandar bagi memastikan pembangunan di situ diperhebatkan.

Lantiklah barisan Kabinet yang terdiri daripada kepimpinan baru yang mantap dan berhati rakyat.

Jika di sepanjang kempen pilihan raya, para calon berhempas- pulas turun ke bawah ‘menyembah’ memohon ihsan rakyat memberi undi, maka pastikan barisan kepimpinan baru ini tidak mengabaikan mereka.

Bawalah masuk banyak pelaburan, supaya peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk rakyat Sarawak.

Perhebatkan pembinaan prasarana rakyat seperti bekalan elektrik, jalan raya dan air di semua kawasan kaum Bumiputera yang masih ketinggalan. Binalah rangkaian jalan sehingga ke kampung terpencil sekali pun.

Ingat, kaum Bumiputeralah yang memberi sokongan padu sehingga Sarawak dapat ditadbir semula oleh BN.

Pulangkanlah semula rasa terima kasih itu kepada mereka.

Awang – Sudah terang, lagi bersuluh.

#######################

0cool -> amat bersetuju, ayuh ubah minda, kita pasti boleh! Tapi mesti mula dengan pemerintah yang ikhlas melihat masyarakat bumiputera yang berjaya dan jutawan.

Jumaat, 8 April 2011

Menilai jenis pemimpin

MEMINJAM kerangka analisis kepimpinan yang dirumuskan oleh Dr. Azizan Bahari, seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia memberikan kita ilham bagi memilih jenis pemimpin yang bakal memimpin kita.

Dalam bukunya, Menjadi Pemimpin (2008), Dr. Azizan memberikan pengukuhan konsep pemimpin kepada empat jenis utama iaitu pemimpin karismatik, pemimpin transaksi, pemimpin yang sentiasa memikirkan kaedah memenangkan dirinya sendiri dan pemimpin transformasi.

Seorang pemimpin karismatik merupakan pemimpin yang popular dan menjadi pujaan pengikutnya. Pemimpin jenis ini, walaupun adakalanya membuat kesilapan, kesilapan yang dilakukan itu tidak dinilai sebagai satu kesilapan. Malah, setiap kali percubaan untuk mendedahkan keburukannya akan dianggap sebagai satu helah, kemudiannya akan dirumuskan sebagai konspirasi. Penyokong setianya tidak boleh menerima kesalahan tersebut, dan sebarang percubaan menjatuhkan pemimpin itu akan ditentang kerana mereka sanggup "mati dan berjuang" mempertahankannya.

Menjadi lebih keutamaan ialah pemimpin karismatik bukan sahaja mampu menghimpunkan ramai pengikut bahkan orang sanggup mendengar ucapannya dengan tekun tanpa menilainya sebagai sesuatu yang bertentangan. Pemimpin jenis ini amat bijak menggunakan lisan dan bahasa badan sehingga ia dilihat hebat, mampu menyelesaikan masalah masyarakat dan gaya retoriknya mempunyai ritma "mega mendung." Pemimpin jenis ini tahu membangkitkan resah melalui kata-kata dan mampu pula memberikan solusi walaupun secara rasionalnya ia adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Pemimpin transaksi tidak mempunyai kehebatan berpidato, tetapi ia merupakan pemimpin yang sanggup bekerja keras untuk memenuhi tanggungjawabnya. Pemimpin jenis ini mempunyai idea yang praktikal dan tidak akan membuat janji seandainya tidak mampu dilaksanakan. Pemimpin transaksi mengamalkan gaya kepimpinan sederhana, tidak meninggi diri dan sentiasa berkorban untuk mensejahterakan orang yang dipimpinnya.

Pemimpin ketiga ialah pemimpin yang sentiasa memikirkan kaedah untuk menang sendiri. Pemimpin ini akan menggunakan apa sahaja kaedah dan cara yang difikirkan sesuai asal sahaja kedudukannya dapat dipertahankan. Sifat ini amat bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Nicollo Micheavelli dan bagi Dr. Azizan ia dikenali sebagai pemimpin ‘Halsca’ (halal segala cara). Fitnah bukan dilihat sebagai kaedah jijik, malah dianggap sebagai satu strategi politik.

Pemimpin keempat ialah pemimpin transformasi. Pemimpin jenis ini bukan sahaja memberikan ilmu kepada pengikutnya malah turut berusaha membentuk budaya berfikir secara rasional. Ia ikut membudayakan percambahan ilmu dan tidak mudah berjanji untuk menempatkan dirinya sebagai populis.

Pemimpin transformasi adakalanya dilihat mempunyai gaya karismatik, tetapi bukan dengan tujuan untuk menunjukkan kehebatan secara peribadi. Pemimpin transformasi tidak berusaha membentuk kelompok penyokong yang fanatik, tetapi lebih menjurus kepada pembentukan pemikiran penyokongnya secara rasional agar mampu membuat keputusan dengan bijak dan berkesan. Pemimpin jenis ini bercakap dengan menggunakan fakta dan bukannya gemar membuat kesimpulan secara tergesa-gesa.

Seorang pemimpin transformasi sentiasa memberikan fokus selaras dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Pemimpin jenis ini meletakkan amanah sebagai pemandu arah dan berusaha sepenuh daya untuk memberikan kesejahteraan kepada orang yang dipimpinnya. Pemimpin transformasi tidak menjadikan kedudukannya sebagai keistimewaan, sebaliknya mengutamakan setiap peluang dan fikirannya untuk memenuhi tuntutan masyarakat.

Perspektif kepimpinan transformasi merupakan sifat kepimpinan yang banyak diberikan penekanan dalam al-Quran. Pemimpin jenis ini akan sentiasa berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan bila membuat sesuatu keputusan, ia berdasarkan kepada prinsip keadilan.

Konsep keadilan tidak dicampuradukkan dengan konsep sama rata. Konsep keadilan ialah meletakkan hak ditempat yang sepatutnya, maka dalam memenuhi tuntutan tersebut, ia tetap bersandarkan kepada peraturan dan etika yang telah melembagakan sesuatu perkara. Bagi perkara-perkara yang belum dilembagakan sebagai satu bentuk peraturan dan etika, akan dicari pula satu rumusan yang boleh diterima secara umum.

Dalam konteks ini, pemimpin transformasi tidak akan meminggirkan kelompok minoriti walaupun dalam konteks demokrasi, majoriti menjadi kuasa penentu. Kepentingan minoriti akan dilihat secara saksama, kerana mereka juga mempunyai hak selagi hak tersebut tidak melanggar hak orang lain.

Dalam konteks kepimpinan Islam, menunaikan tanggungjawab, menjaga amanah dan menegakkan keadilan adalah beban yang disandarkan ke atas bahu seseorang pemimpin. Sebagai pemerintah (ulil amri), setiap pengikut pula diwajibkan mentaatinya selagi setiap tingkah laku dan kaedah pemerintahan tersebut tidak menjurus kepada kebongkakan, menolak keyakinan dan melanggar perintah Allah SWT serta mendusta Rasulullah (Surah al-Nisa' ayat 48).

Kekuasaan yang diperoleh seseorang pemimpin adalah atas keizinan-Nya. Seseorang itu tidak boleh menganggap kuasa yang ada padanya adalah hak mutlaknya, kerana sehebat mana manusia cuba mendapatkannya, melalui apa cara sekalipun, jika tanpa restu Allah SWT ia tidak akan memperolehnya. Sejarah manusia yang lupa mengenai kekuasaan Allah SWT banyak berlaku meskipun seseorang itu dilihat hebat – dari jenis pemimpin karismatik – tapi akhirnya kecundang dan jika sempat menjadi pemimpin, di akhir pemerintahannya diselubungi tragedi.

Kita mungkin boleh mengambil contoh Muammar Gadafi sewaktu permulaannya dilihat sebagai wira. Setelah lebih 40 tahun memimpin Libya, Gadafi menjadi musuh dan rakyatnya sedang berjuang untuk menyingkirkannya secara tidak terhormat. Begitu juga dengan nasib yang diterima oleh Hosni Mubarak, terpaksa hidup dalam buangan dan menjadi umpatan.

Di dalam kitab Musnad (jilid 3 halaman 154), Imam Ahmad bin Hanbal memetik hadis Rasullullah SAW yang bermaksud: Tidak ada iman (yang sempurna) bagi orang yang sama sekali tidak ada kepercayaan (beramanah) baginya. Dan tidak ada agama (yang sempurna) bagi orang yang sama sekali tidak menepati janji baginya. (Riwayat Ahmad dan Baihaqi).

Berdasarkan prinsip tersebut, menjadi pemimpin bukanlah bermakna mendapatkan jawatan yang tertinggi. Kedudukan jawatan itu perlu disusuli dengan usaha memenuhi tanggungjawab dan amanah. Ingatan itu perlu sentiasa menjadi gagasan yang wahid bagi seseorang yang ingin menjadi pemimpin sebagai mana maksud hadis: Tidak ada seorang pemimpin yang menjaga urusan umat Islam sekiranya dia mati sedangkan dia ada mengkhianati mereka melainkan Allah SWT haramkan ke atasnya syurga. (Riwayat Syaikhan).

Berdasarkan kerangka analisis kepimpinan jelaslah bahawa pemimpin transformasi amat diperlukan berbanding lain-lain jenis pemimpin. Rasulullah saw diakui dunia sebagai seorang pemimpin yang jujur. Bila berjanji kepada masyarakat yang dipimpinnya, ia tunaikan janji sesuai dengan tuntutan Allah SWT.

Rakyat Malaysia semakin matang menilai pemimpin. Rakyat sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk pemimpin kerana rakyat Malaysia semakin sedar, berilmu dan dapat membaca tingkah laku seseorang pemimpin. Rakyat semakin bijak, tetapi dalam kecerdikan itu jangan tersalah pilih, terlalu banyak musang berbulu ayam yang hanya mencari peluang dengan berlakon dan bersandiwara. Hakikatnya, ayam sereban habis, reban bersepah dengan bulu-bulu ayam, musang hilang setelah kekenyangan.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR

ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah

Islamiyah Malaysia (Yadim)


Isnin, 4 April 2011

Penjawat awam perlu terap 4 elemen “Strategi Lautan Biru”

Penjawat awam perlu terap 4 elemen “Strategi Lautan Biru”

04/04/2011 12:17pm

PUTRAJAYA 4 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan setiap ahli pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam “Strategi Lautan Biru” dalam pengurusan tugas mereka.

Perdana Menteri berkata empat elemen tersebut ialah “mengurang”, “menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang”.

Beliau berkata dengan menerapkan elemen-elemen tersebut, maka pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.

"Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.

"Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan...pemikiran yang lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata pemikiran “Strategi Lautan Biru” itu melibatkan pemikiran dengan mengaplikasikan cara-cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.

Selain itu, beliau berkata setiap penjawat awam juga tidak boleh berfikir secara konvensional iaitu menuntut peruntukan dan kakitangan lebih, sekiranya melakukan sesuatu tugas tambahan.

"Kita telah kenal pasti apakah kekangan struktur pelaksanaan kerajaan yang boleh menjadi hambatan untuk kita memacu maju ke hadapan dengan lebih pantas.

"Justeru itu, kita telah membuat kesimpulan bahawa lapan laporan strategi inisiatif perlu dilaksanakan. Semuanya ini kita telah laksanakan di pelbagai peringkat dan berbeza dengan pendekatan dulu,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi contoh bahawa dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan dengan cepat, misalnya dalam urusan mengeluarkan pasport antarabangsa, maka elemen “mengurang” perlu diaplikasikan dalam proses berkenaan.

Beliau berkata langkah pihak berkuasa menahan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini pula, merupakan usaha kerajaan “menghapus" ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pentabiran awam.

Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha untuk “mewujud” dan pada masa sama, “menambah peluang” kepada setiap rakyat, termasuk dalam sektor awam dan swasta di negara ini. - Bernama

Jumaat, 11 Mac 2011

Ketahui Hak Anda!!!

Oleh Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

**************************************************************************************************
Bab saman ni...., aku baru lepas bayar saman yang tertunggak...aku akui ada 5 saman kena dengan aku. Tak kisah bayar kalu kita rasa kesalahan itu kita lakukan sendiri, puas hati bayar! yang ku tak puas hati 2 saman yang aku kena bayar.

1. Saman laju....nak ingat bila kita lari laju ni, satu hal...yang best polis tarfik yang jaga kaunter siap tanya..cuba ingat pada tarikh tu....nak ingat apa tahun 2007.
2. Saman di bahu jalan Putatan di ruangan pasar tamu...kita semua tahu pasal ruang niaga Pasar tamu ni. Sesak dan ruangan parkir yang memang tidak mencukupi. Tolak ansur la sikit. Groundzero ada bercakap berkaitan perkara itu. Tapi tingok muka polis pada hari itu eksen semacam, entah pangkat apa dia ada (tidak semua polis spt itu, groundzero pun ramai kawan polis tak spt dia). Pada saya tempat berlangsung penguatkuasaan tu tidak kena pada tempatnya. Kalu trafik mau keluar surat saman banyak-banyak, pergi la pada setiap hari berlangsungnya Pasar Tamu. Kalu di Putatan saya bagi maklumat disini iaitu bermula petang hari jumaat, sabtu dan ahad. Semoga petugas pada hari itu akan mendapat pujian dari bosnya disebabkan pengeluaran kertas saman yang banyak!

Saya terfikir sejenak...adakah kerajaan membuat kemudahan kepada pengguna, menyediakan ruang niaga kepada peniaga pada hari tertentu merupakan langkah bijak kerajaan merakyatkan ekonomi rakyat, dalam masa yang sama ada agensi lain membuat rakyat merasa marah kepada kerajaan. Jangan pemerintah pulak dituduh sebagai double standard.

Sudah tiba masanya pegawai yang diberi penguatkuasaan ini perlu tinggi pendidikan nya agar ia dapat mengimbangi naluri keperihatinan/rintihan/kesusahan rakyat berbanding mementingkan uniform yang dipakai setiap hari. Di negara kita, kerajaan tidak ketandusan pegawai yang memiliki pendidikan tinggi untuk menjawat jawatan sebegitu.

Seperkara lain, pengeluaran saman ini kena lihat berbagai sudut. Di Kota Kinabalu ni....beberapa jalan, tengah diperbaiki. Banyak lencongan perlu dibuat dan merbahaya kepada pengguna jalan. Kesalahan pengguna kadang-kadang disebabkan faktor ini dan memudaratkan pengguna lain. Ini perlu diambil kira bila mengeluarkan notis saman.

Isnin, 14 Februari 2011

Katakan YES! Maulid Nabi dan NO!!! Valentine

Berikut merupakan artikel yang diperolehi dari laman Facebook dari seorang rakan sekolah saya. Tujuan sya memasukkan kedalam blog sebagai perkongsian ilmu dengan rakan-rakan sekalian.
Nor Hisham M Nor posted in ex- smk kinabutan (88-92)
Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?  JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)  Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.  Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.  Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’  Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.  Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.  Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.  SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE  Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.   Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.  Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.  Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.  Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.  Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.  Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.  Wallahualam
Nor Hisham M Nor14 February 04:29
Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta?

JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32)

Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.

Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.

Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.

Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.

Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Wallahualam

Jumaat, 28 Januari 2011

Kebebalan Lee Kuan Yew!???

Kuan Yew amal strategi bermusuh

PANDANGAN sinis bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew terhadap umat Islam cukup jelik. Gesaan agar umat Islam Singapura 'tidak terlalu kuat berpegang pada ajaran Islam' merupakan natijah kebebalan beliau yang sengaja ingin mencuri kemarahan mereka yang taat beragama. Ini kerana ajaran agama itulah yang dapat mengawal dan membimbing manusia menjadi terbaik, patuh dan taat kepada Allah dan pencipta-Nya.

Gesaan tersebut boleh mendorong umat Islam melakukan kejahatan yang akan membahayakan sesebuah negara itu sendiri. Seharusnya Islam sudah difahami dengan baik oleh seorang pemimpin yang pernah memimpin selama 31 tahun, yang mana sebahagian kecil penduduknya beragama Islam. Memahami sejarah perjuangan peribadinya, baik menerusi tulisan-tulisan dan kata-kata beliau, ternyata Kuan Yew masih tidak mengakui bahawa Islam adalah agama yang paling banyak menyebarkan semangat toleransi, boleh hidup bersama penganut agama lain dan membangunkan negara dalam acuan yang bersifat madani, bukan seperti ajaran lain yang menganjurkan kebencian dan permusuhan sesama manusia.

Islam telah membuktikan bahawa sejak permulaan lagi, ia telah membentuk struktur masyarakat yang saling memahami, bekerjasama dan membantu. Hal ini dapat diperhatikan melalui sejarah bagaimana kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah membangunkan tamadun kemasyarakatan yang terbaik dalam sejarah manusia di Madinah. Ketaatan penganut Islam berpegang kepada kalimah 'Tiada Tuhan Lain Yang Disembah Selain Allah' telah memperkuatkan kerohanian masyarakat sehingga muncul sebuah kehidupan yang beradab dan maju.

Sepanjang sejarah manusia, kejatuhan sesebuah tamadun adalah disebabkan rakyatnya telah melupakan atau menyisihkan kehidupan beragama. Tragedi yang menimpa Empayar Roman misalnya, salah satu faktornya adalah kerana terlalu menekankan falsafah materialisme dan kebebasan melampau sehinggakan agama dijadikan asas kehidupan pinggiran.

Analisis Paul Kennedy dalam bukunya yang pernah menimbulkan banyak perdebatan, The Rise and Fall of Great Power turut menyingkap bahawa agama merupakan penentu terbesar dalam mengekalkan sesebuah tamadun. Justeru, walau sehebat manapun kemajuan sesebuah negara dalam pembangunan fizikal dan kebendaan, ia hanya membangkitkan suasana kehidupan manusia yang tidak pernah puas, rakus, adu-domba dan saling berkonflik.

Kuan Yew menyelar sikap rakyat negara itu yang 'ketat pegangan agama' sebagai halangan kepada pembinaan negara bangsa Singapura bagi tempoh yang lebih lama pada masa depan. Buktinya, kerana dasar yang diamalkan oleh negara itu mengekang suara pembangkang dan menghalang politiking telah menyebabkan sebahagian mereka yang merasakan kedudukannya tertindas mula beralih kepada pematuhan beragama.

Inilah sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Kuan Yew apabila menasihatkan generasi yang taat beragama supaya melenturkan pegangan agama bagi membolehkan Singapura terus kekal sebagai negara moden dan terbaik pada masa depan. Dalam hal ini, Kuan Yew sebenarnya lupa bahawa kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat Singapura adalah kerana kebijaksanaannya menguruskan sumber-sumber yang diperoleh negara jiran yang dilihatnya sebagai 'kurang mesra.'

Hubungan yang tidak mesra itu sebenarnya dicipta oleh Singapura sendiri. Dalam situasi ingin berada di hadapan dan melonjakkan kedudukannya sebagai sebuah pelabuhan yang penting, Kuan Yew menyusun strategi bermusuh. Hal ini tidak dilakukan oleh pewarisnya, Lee Hsien Loong yang mengambil alih pentadbiran sejak 2004 dari Goh Chock Tong. Chock Tong menjadi Perdana Menteri sementara bagi mengikis persepsi umum mengenai pewarisan kepimpinan politik yang dilaksanakan oleh Parti Tindakan Rakyat PAP pada tahun 1999.

Berasaskan persepsi negatif itu, maka dapat dirumuskan bahawa Kuan Yew sebenarnya tidak pernah cuba memahami Islam secara mendalam. Islam hanya difahami berdasarkan sikap peribadi yang ditunjukkan oleh segelintir penganut. Pada hal dalam kehidupan manusia, Kuan Yew faham bahawa tidak semua manusia mempunyai pendapat, sikap, perangai, tingkah laku dan keperluan yang berbeza.

Perbezaan-perbezaan tersebutlah akhirnya menjadi sebuah nilai bersama melalui ikatan sosial ataupun keagamaan. Mungkin kerana Kuan Yew menghadapi kesukaran untuk memusnahkan akidah umat Islam agar menerima apa sahaja dasar yang dilaksanakan walaupun bertentangan dengan falsafah nilai agama, maka itulah persepsi negatif itu dikembangkan.

Nampaknya beliau sedang menghadapi konflik dalaman yang besar. Ini kerana jiwa segelintir rakyatnya yang tertekan mula melontarkan pelbagai pandangan marah, geram dan tidak sukakan dasar pemerintah. Luahan itu walaupun disekat, namun ia terus disalurkan melalui pelbagai media baru yang merunsingkan Menteri Mentor itu.

Islam tidak pernah menyuruh penganutnya menyekat kebebasan seseorang. Justeru, Allah SWT berfirman bermaksud: "Tiada paksaan dalam agama" (Surah Al-Baqarah ayat 256). Islam tetap memberikan keutamaan terhadap kebebasan individu, asalkan kebebasan itu tidak mengenepikan keyakinan terhadap keesaan Allah SWT dan melakukan perkara-perkara yang disuruh.

Jelas sekarang, Kuan Yew sedang mengeluh mengenai 'kemungkaran' yang tidak dapat diterima oleh umat Islam yang taat.

Sejarah Islam ketika zaman Umayyah misalnya membuktikan Islam sebuah agama yang bertoleransi. Ketika Pope John Paul II mengunjungi Masjid Umayyah di Damsyik, beliau tetap bertafakur di hadapan makam Nabi Yahya a.s. Mengulas tindakan itu, Pope John Paul memberikan alasan bahawa setiap penganut Islam dan Kristian mestilah saling memaafkan.

Beliau juga berkata, penganut agama terbesar tidak perlu berkonflik, saling menyalahkan antara satu sama lain, kerana ia akan menyebabkan keharmonian, keamanan dan kedamaian hidup bermasyarakat punah. Jika Pope John Paul II boleh memberikan pandangan agar saling hidup dalam keadaan bertoleransi, maka tidak ada sebab Kuan Yew tidak boleh menerima bahawa kepatuhan penganut Islam kepada agamanya bukanlah sesuatu yang merugikan matlamat pembinaan negara bangsa.

Kuan Yew tentu sedar bahawa kehebatan Mahatma Ghandi adalah kerana beliau tidak menimbulkan sengketa dan menambah bara konflik dalam masyarakat. Ghandi mengamalkan tindakan 'membina damai' dalam suasana orang lain berkonflik, akhirnya kaedah perjuangan nasionalismenya menjadi sebuah perjuangan yang amat berkesan sekali.

Teladan itu sebenarnya perlu dilakukan oleh Kuan Yew memandangkan beliau yang dikenali sebagai peneraju sebuah negara kecil menjadi sebuah negara besar kuasa ekonominya, agar lebih dihormati atas nasihatnya. Itulah teladan yang seharusnya dilakukan oleh Kuan Yew, bukannya membangkitkan sengketa serta rasa benci orang lain.

Sebagai bekas pemimpin, beliau seharusnya dapat menyelami sanubari rakyat yang sekian lama tercengkam oleh dasar autokratiknya. Inilah saat yang sesuai untuk memulihkan semangat baru agar hidup dalam kepelbagaian yang penuh dengan toleransi dan saling memahami.

Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Sabtu, 1 Januari 2011

2011! Selamat Datang?

Alhamdulillah kehadrat Allah swt kerana sehingga kini penulis dan pembaca blog ini masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Bumi bertuah ini sentiasa dalam lindungannya, kita berdoa sentiasa dipelihara dalam tahun ini dan seterusnya ditahun-tahun akan datang.

Kebiasaannya bila muncul tahun baru setiap insan akan membuat beberapa azam baru untuk dilaksanakan. Bagi saya juga tidak ketinggalan membuat beberapa azam...Azam umum ialah sentiasa mendapat keredhaan dari Maha Pencipta, Keluarga sentiasa dalam kebahagian dengan dimurahkan rezeki kepada saya, isteri, anak-anak saya dan kedua orang tua + mentua.

Azam spesifik yang cuba dilakasanakan ndak perlu dimasukkan dalam tulisan ini...biarlah rahsia kata lirik lagu Dato Siti Nurhaliza. Apa pun harapan sya kepada rakan dan pengunjung doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Kalu mengikut kiraan kalendar tahun masihi saya dah berumur 36 tahun, isteri berumur 29 tahun. Moga Allah mengekalkan dan menambahkan kebahagian yang lebih baik lagi serta dimurahkan rezeki.

Ini Anak sulung sya/kami: Sydney Alyaa berumur 5 tahun, kalu ikut bulan, belum lagi. Tahun ni masuk sekolah tadika. Baru selesai beli peralatan sekolahnya. Semoga Allah kurniakan kebijaksanaan kepadanya dan menjadi anak yang taat pada kedua orang tuannya. Amin...

Yang ni anak sya yang kedua: Mohammad Danial, 2 tahun 6 bulan. Aktif, nakal ckit, habis kakak dia kerjakan.

Yang ni anak aku yang ketiga: Lailatul Sofea, 3 bulan. Aktif mau cepat membesar.

Akhir kalam semoga Allah melindungi keluarga ku dari sebarang bencana dan malapetaka, memberi kesihatan fizikal dan rohani, dimurahkan rezeki dan ditambahkan cahaya iman agar mengenali diri ini. Amin.