Isnin, 6 September 2010

Anak ke 3 Dalam Keluarga ku

"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar....Segala puji bagi Nya, Tiada Sekutu Bagi Nya".
Pada 4 hb September 2010, 6.24 am seorang Baby perempuan selamat dilahirkan yang juga merupakan tambahan bilangan dalam ahli keluarga ku. Aku panjatkan kegembiraan ini di atas pemberian rezeki dari Maha Pencipta, Allah Maha Esa.
Baby ke 3 aku ni tidak seberat anak pertama dan kedua. Beratnya cuma 2.65 kg dan rambut tidak selebat kakak dan abang dia. Walaubagaimana pun syukur kepada Allah Maha Besar yang memudahkan hambanya menunaikan setiap urusan Isteriku dan anakku.
Ketika ini aku tengah memikirkan nama yang sesuai untuk baby aku ini.
Kepada rakan-rakan pembaca blogg, mohon di do'a kan agar keluargaku khususnya isteri dan anak aku dalam keadaan sihat walafiat dan di murahkan rezeki hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Tiada ulasan: