Membentangkan dan mengupas semua isu-isu (politik, ekonomi, agama, sosial, teknologi ICT, kesihatan, sukan dan lain-lain lagi yang difikirkan perlu untuk dihebah dan dikongsi) untuk diterbitkan.
Khamis, 23 Disember 2010
Untuk tontonan
Jumaat, 10 September 2010
Selamat Hari Raya AidilFitri
Isnin, 6 September 2010
Anak ke 3 Dalam Keluarga ku
Selasa, 31 Ogos 2010
Merdeka, Merdeka, Merdeka!
Selasa, 17 Ogos 2010
Presiden SP Setia: 'Adakah Cina dilayan dengan Buruk?'
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pemaju hartanah utama Tan Sri Liew Kee Sin mempersoalkan kewajaran rungutan masyarakat Cina bahawa mereka tidak dilayan adil oleh kerajaan, sambil menekankan kaum itu telah menikmati kedudukan baik di sebalik persekitaran dasar pro-Bumiputera.
Liew (gambar), yang syarikatnya SP Setia Bhd merupakan pemaju Putrajaya — projek pembangunan terbesar di Malaysia berkata, terdapat lebih banyak firma dikawal kaum Cina berbanding syarikat-syarikat milik Bumiputera di Bursa Malaysia.
“Secara statistik, majalah Forbes menunjukkan masyarakat Cina-Malaysia telah boleh berjaya sepanjang 30 tahun lalu,” kata beliau Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia ini.
Menurut Forbes, syarikat-syarikat dikuasai Cina mewakili 37 peratus pasaran modal di antara 100 syarikat Malaysia yang disenaraikan, berbanding tujuh peratus kalangan orang Melayu.
Individu kaum Cina juga menguasai 73 peratus kekayaan yang dimiliki 40 orang terkaya di Malaysia dan lapan dari setiap 10 orang kaya adalah Cina.
“Adakah kita dilayan dengan buruk?” kata Liew.
Beliau juga menekankan bahawa usahawan kecil dan sederhana juga merekodkan prestasi yang baik dan pemilik-pemiliknya mampu memiliki banglo berjuta ringgit yang dibina syarikatnya.
“Ada seorang Cina yang mahu membina banglo RM40 juta,” katanya.
“Itu adalah kekayaan. Dari mana kekayaan itu datang? Kekayaan ini datang dalam 30 tahun lalu ketika pelaksanaan DEB (Dasar Ekonomi Baru)
Beliau mengetengahkan hujah ini pada Kongres Ekonomi Cina yang bertemakan “Peranan Masyarakat Cina Dalam Mencapai Matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 di sini hari ini.
Liew juga berhujah bahawa kehadiran syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam pasaran bermakna perniagaan kaum Cina juga tiada pilihan kecuali menggunakan kepakaran dan dana Melayu jika mahu meningkatkan pulangan mereka dalam jangka panjang.
“Hari ini, kerajaan mempunyai wang menerusi GLC... mereka boleh membeli bangunan anda, mereka boleh membeli pasar raya anda, memiliki pasar raya besar anda, pusat membeli-belah daripada anda. Yang ini akan memberikan sumber pendapatan yang besar,” katanya.
“Kini terpulang kepada kita. Adakah kita hendak menggunakan kepakaran, keupayaan kewangan mereka? Adakah kita hendak menggunakan rangkaian mereka?” soal beliau.
Bagaimanapun Liew menekankan bahawa kerjasama Melayu-Cina memerlukan semangat sedia memberi dan menerima.
Jelas beliau, sebelum meminta mereka memberikan lebih banyak dasar liberal, masyarakat Cina harus membenarkan mereka menyertai sektor yang dikuasai sekarang.
“Jika tidak, kerjasama ini tidak akan wujud. Mereka tidak akan membenarkan kita,” katanya.
Tegas beliau, jika masyarakat Cina mahu mengambil kek yang besar daripada MBE, masyarakat Cina mesti belajar untuk memberi.
“Kita mesti belajar untuk mengambil satu langkah ke belakang. Kita juga harus belajar untuk hidup bersama budaya, pemikiran mereka,” katanya lagi.
Jelas beliau, orang Melayu masih bimbang bahawa rakan niaga Cina akan membunuh perniagaan mereka jika tiada dasar pro-Bumiputera yang melindungi kaum tersebut.
Terperangkap pemikiran sendiri
### Rencana yang baik dan penuh dengan maknanya yang perlu difahami oleh setiap Warga. Untuk renungan dan lu fikirla sendiri! ###
Terperangkap pemikiran sendiri
Apabila membaca pelbagai blog melalui internet saya terasa dunia begitu sempit. Bukan sahaja di Malaysia, di mana-mana juga suara-suara kasar tidak berpuas hati dengan itu dan ini dituliskan secara tali-menali.
Di negara Malaysia juga demikian. Blog-blog anak-anak muda terpancar suara-suara pemberontakan, rungutan, kekesalan dan pelbagai lagi yang seolah-olah dunia di keliling menzalimi mereka tidak henti-henti.
Terbaru rakan saya, Datuk Azman Ujang, mengirim e-mel tentang seorang bekas warganegara Malaysia keturunan Cina yang menyuarakan kebenciannya kepada kerajaan UMNO dan secara sinis menyimpulkan usaha menyeru warga profesional di luar negara untuk pulang hanya suatu bahan jenaka.
Mengapa jadi demikian. Benarkah dunia kemanusiaan semakin zalim sama seperti alam semula jadi yang sedang memberontak terhadap manusia kerana manusia merosakkan mereka, lalu bumi pun memuntahkan lahar gunung berapi, angin mengamuk menjadi taufan, lautan merempuh daratan dan matahari membakar bumi?
Dalam konteks ini, pada tahun 1980-an saya telah menulis bahawa sama ada manusia sedang merosakkan bumi atau tidak hanyalah suatu 'makna' yang dicipta oleh segolongan manusia itu sendiri. Sementara pada makna sains fizik, hal itu hanyalah penukaran suatu bentuk kepada suatu bentuk yang lain.
Maklumlah, sebagai contoh, sains fizik thermodinamik mengatakan 'tenaga itu tidak boleh dicipta atau ditambah dan tenaga hanya boleh diubah bentuknya'. Fizik thermodinamik tidak akan mengatakan manusia zalim kerana mengubah air menjadi tenaga penggerak enjin.
Apa yang saya cuba utarakan di sini ialah, yang disuarakan oleh segolongan orang yang saya sebutkan awal-awal tadi merupakan 'makna' yang diberikan oleh terhadap perkara, kejadian atau fenomena yang mereka rasakan berkaitan dengan diri mereka.
Mereka sememangnya mempunyai banyak pilihan untuk memberi 'makna' namun mereka telah memilih satu makna sahaja. Oleh hanya pilih satu makna sahaja itulah orang Yahudi memilih untuk berperang dengan orang Palestin, orang India dan Pakistan memilih untuk berkonfrantasi berterusan, Bosnia dan Serbia bermusuhan, Korea Utara dan Korea Selatan menunjuk lengan masing-masing walaupun mereka asalnya mungkin serumpun - nenek moyang mereka sama.
Demikianlah, Melayu, Cina dan India di Malaysia mula belajar menunjukkan otot masing-masing walaupun dulunya pada tahun 1955 pernah berjanji setia sehingga tercapainya peristiwa 1957.
Dalam himpunan Melayu pula UMNO, Pas, PKR masing-masing berlumba-lumba mempamer personaliti siapa yang lebih menarik dan menggoda supaya golongan bukan Melayu akan tertarik untuk 'berpacaran' dengan mereka. Padahal, UMNO, Pas dan PKR itu asal sejarahnya satu.
Patutlah pementasan cerita-cerita bangsawan tahun 1950-an dan 1960-an dan cerita-cerita filem Shaolin Cina selalu memaparkan tema bagaimana sengketa dua pahlawan yang saling bermusuhan asalnya datang dari gelanggang perguruan persilatan yang sama, walaupun telah dibekalkan dengan nasihat secukupnya supaya menjaga nama baik guru atau temple yang satu dengan tidak bersengketa sesama sendiri. Itulah suatu paparan budaya.
Dengan memilih makna persaingan: persaingan dengan alam, persaingan dengan mesin atau persaingan sesama manusia, orang itu sentiasa melihat dirinya berada dalam keadaan terancam.
Satu komuniti merasa diancam oleh komuniti yang lain, ketua terasa diancam oleh anak buahnya, kawan rasa diancam oleh kawan yang lain sehingga keseluruhan makna kehidupan adalah dalam bentuk memenangi suatu persengketaan.
Tersembunyi dalam diri adalah rasa ketakutan. Walaupun keberanian adalah lawan kepada ketakutan namun segalanya adalah bermula daripada rasa ketakutan - takut kekurangan, takut kehilangan dan akhirnya takutkan kematian.
Makna yang diberikan orang yang tidak takut akan berbunyi, 'yang kurang diusahakan untuk ditambah; yang hilang dicari; dan kematian adalah melengkapkan kehidupan'. Mereka tidak melihat setiap dualisme adalah persaingan.
Manusia yang tidak melihat segala-galanya persaingan adalah manusia yang tidak takut. Manusia yang tidak takut ialah manusia yang memberi nilai tinggi kepada 'autonomi'. Warganegara yang menilai tinggi kepada autonomi ialah warganegara yang mengatakan maju-mundur dirinya adalah tanggungjawab dirinya sendiri. Dia tidak akan memaksa orang lain mesti memihak atau memenuhi kehendaknya dan jika terjadi keadaan orang memihak kepadanya, itu hanya suatu kebetulan.
Seorang guru tidak memaksa murid untuk taat kepadanya. Seorang ketua tidak menagih kesetiaan daripada yang diketuainya. Seorang bapa tidak meminta-minta anak dan isteri menghormatinya. Jika semua itu diperolehinya, juga adalah suatu kebetulan.
Demikianlah jika anak-anak muda di Malaysia menuntut autonomi daripada orang tua-tua, mereka juga hendaklah membenarkan orang tua mentafsirkan keadaan dan kuasa mengikut makna mereka. Orang tua pula hendaklah tidak memaksa anak muda memberi makna kepada sesuatu perkara, kejadian atau fenomena dengan makna yang sama dengan mereka. Berilah makna kepada zaman masing-masing dan jika kebetulan makna itu sama, ia adalah satu 'hadiah'.
Kembali kita kepada e-mel kiriman Azman Ujang tentang bekas warganegara Malaysia yang nampaknya tidak sudi untuk pulang, setelah semenjak umur 18 tahun berada di Amerika Syarikat. Ini kerana katanya, tidak adanya keadilan di Malaysia, tidak berautonomilah kiranya saya seorang Melayu memaksa beliau mengubah pendirian beliau.
Saya menghormati pendiriannya kerana saya tahu, beliau memilih untuk memberi satu makna sahaja kepada kehidupan di Malaysia. Beliau tidak mendapat biasiswa dari kerajaan Malaysia sebaliknya memperolehi biasiswa dari negara beliau sekarang melalui program Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-AS (MACEE) walaupun beliau mengatakan pencapaian peperiksaan beliau amat cemerlang.
Juga, tidak sesuailah saya yang sangat menghormati 'autonomi' manusia mengungkit bahawa MACEE berada di Malaysia kerana kerajaan Malaysia menyediakan suasana yang kondusif kepada agensi Amerika Syarikat itu beroperasi di sini sehingga peluang untuk penulis e-mel itu terbuka.
Pendirian ini samalah dengan pendirian Obama, yang didesak untuk tidak menyokong masjid berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) dengan berkata 'Ini Amerika Syarikat'. Tentulah jika Najib berkata 'Ini Malaysia', sama ada bersetuju atau tidak, sempadan 'autonomi' beliau hendaklah dihormati oleh orang yang menyanjung tinggi falsafah 'autonomi'.
Sama seperti saya tidak akan menganjurkan ramai-ramai berdemonstrasi meluahkan rasa hati saya terhadap seorang bekas warganegara yang tak mahu pulang ke Malaysia dan demikianlah, beliau juga hendaklah tidak mengajak orang lain menyertai beliau semata-mata oleh 'makna' peribadi yang beliau pilih terhadap seruan pulang ke Malaysia.
Kesimpulannya, diam-diam saya ingin membisikkan ke telinga isteri saya bahawa, 'saya tidak akan hidup di dunia ini untuk memenuhi kehendak anda, dan saya juga tidak meminta supaya anda hidup untuk memenuhi kehendak saya. Jika kehendak anda dan kehendak saya serbasama, itu adalah suatu kebetulan yang sangat indah.'
Tan Sri Dr. Nordin Kardi ialah Profesor di kolej sastera dan sains, Universiti Utara Malaysia
Ahad, 15 Ogos 2010
'Boikot kurma Israel'
Yahudi guna buruh kanak-kanak Palestin
2010/08/15 - Berita Harian Online
Pertubuhan itu menuduh ‘penempatan haram Yahudi menggaji kanak-kanak Palestin bekerja dalam keadaan menyedihkan’ ketika umat Islam menyambut Ramadan.
Gesaan memboikot buah kurma dihasilkan Israel itu sudah digesa organisasi pro-Palestin di Eropah dan menerima sokongan dalam media Arab dan Iran.
Friends of al-Aqsa di Britain mengeluarkan pengumuman menggesa umat Islam di Eropah tidak membeli kurma ditanam di Israel.
Menurut organisasi itu, kurma itu datangnya dari penempatan Yahudi di Lembah Jordan dan tidak wajar dimakan.
“Memakan kurma ini, anda membantu penempatan mencuri tanah penduduk Palestin,” menurut kenyataan agensi berita Iran, IRNA.
Kenyataan itu juga menolak dakwaan Israel bahawa memboikot kurmanya menjejaskan penduduk Palestin yang diambil penanam kurma.
“Penduduk Palestin diambil bekerja sebagai pertukaran gaji sedikit dan melakukan kerja yang enggan dilakukan penduduk Yahudi,” kata organisasi itu.
Friends of al-Aqsa mendakwa, penempatan kanak-kanak Palestin dalam keadaan daif dan sebab itulah kurma Israel lebih murah berbanding kurma Palestin.
Organisasi itu juga menuduh eksport kurma dari Lembah Jordan ke Kesatuan Eropah kira-kira 5,000 tan menjana pendapatan AS$64.5 juta (RM204.37 juta) setahun.
Kenyataan memulaukan kurma Israel dikeluarkan bukan saja di Britain, tetapi juga di negara Eropah lain seperti Belgium, Perancis dan Belanda. Persatuan Penanam Buah-buahan Israel masih belum memberi maklum balas terhadap laporan itu. – Agensi
Selasa, 10 Ogos 2010
Salam Ramadhan
Rabu, 28 Julai 2010
Hidup Kampung Ku.....
BALB Pulau Sebatik dijangka beri manfaat kepada 5,000 penduduk
New Sabah Times, 27th July, 2010
TAWAU: Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Pulau Sebatik dijangka mula memberi manfaat kepada 5,000 penduduk di pulau itu menjelang Jun 2011.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Abdul Muis Picho berkata, projek yang dibina bermula Oktober 2009 itu dibiayai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan kos bernilai RM27 juta.
Katanya, ketika ini pihak kontraktor yang dilantik dilihat giat menjalankan tanggungjawab mereka demi memastikan matlamat dan sasaran projek berkenaan dapat dicapai.
“Apabila projek ini siap kelak, masalah bekalan air bersih di pulau ini dapat diatasi,” katanya.
Selain Projek BALB, Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Pulau Sebatik yang bernilai RM120 juta pula bakal memberi manfaat kepada kira-kira 7,000 penduduk sebelum akhir tahun ini.
“Lebih menggembirakan, pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberitahu bahawa beberapa kampung turut dijadualkan menikmati bekalan elektrik lebih awal iaitu sebelum Hari Raya ini,” katanya.
Projek BELB itu ujarnya adalah hasil projek penyambungan kabel bawah laut dari Kg. Pasir Putih di tanah besar Tawau ke Kg. Sungai Tongkang di Pulau Sebatik.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas mengiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Sosio Ekonomi) KKLW, Dato’ Yusoff Dohab dan rombongannya meninjau pelaksanaan kedua-dua projek tersebut di pulau itu kelmarin.
Dalam pada itu, Muis memberitahu bahawa selain Projek BELB dan BALB, beberapa projek pembangunan lain kini dirangka pihaknya untuk dilaksanakan di pulau itu demi manfaat penduduk.
Antara yang sudah diutarakan kepada pihak KKLW jelasnya ialah cadangan menaik-taraf jalan-jalan pertanian sepanjang kira-kira 90 kilometer di pulau terbabit.
“Pembinaan jalan-jalan pertanian ini merupakan satu kemudahan untuk kira-kira 2,000 penduduk yang mempunyai kebun sawit, getah atau koko di Pulau Sebatik ini. “Berdasarkan maklum balas dari KKLW setakat ini, kita difahamkan projek jalan-jalan kampung ini akan dilaksanakan di dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10),” jelasnya.
“Kita berterima kasih kepada pihak KKLW di atas keprihatinan mereka terhadap nasib dan keperluan penduduk di Pulau Sebatik ini.
“Keprihatinan mereka itu secara tidak langsung menjadi bukti kesungguhan kerajaan membela nasib rakyat khususnya yang tinggal di luar bandar,” kata beliau. Pada sesi tinjauan itu, Muis, Dato’ Yussof dan rombongan daripada KKLW turut diberi taklimat oleh pihak kontraktor tentang perkembangan terkini pelaksanaan Projek BALB di pulau tersebut.
Biawak pulak dapat nama!!! (Biawak vs Tekke)
ini gambar "Biawak"
ARKIB : 23/07/2010 -> UtusanOnline
Siapa sebenarnya 'lidah biawak'?
PULAU PINANG 22 Julai - Gambar-gambar ini sudah cukup membuktikan sikap sebenar Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Jika sebelum ini Guan Eng menggelarkan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus dengan panggilan-panggilan biadap termasuk lidah biawak, namun gambar-gambar berkenaan menyatakan cerita yang sebenarnya.
Ia dirakam dan diserahkan kepada Utusan Malaysia oleh sumber yang enggan dikenali.
Menurut sumber tersebut, gambar-gambar berkenaan diambil ketika majlis pelancaran kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera di sini pada 20 Oktober tahun lepas.
Katanya, dakwaan Guan Eng bahawa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis berkenaan ternyata bohong.
"Tujuan saya mendedahkan gambar-gambar ini supaya orang ramai boleh menilai sendiri sikap Guan Eng.
"Apa yang didakwanya selama ini ternyata tidak benar, seolah-olah dia (Guan Eng) mereka-reka cerita untuk menggambarkan Nik Ali sebagai seorang yang jahat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau menambah, pada majlis tersebut, Setiausaha Agung DAP itu merupakan salah seorang tetamu kehormat selain Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Jelasnya, ketiga-tiga mereka disediakan kerusi khas yang diletakkan di barisan hadapan para tetamu.
"Memang dia (Guan Eng) tiba kira-kira 10 minit lewat tetapi kerusi yang disediakan untuknya tidak diberikan kepada orang lain.
"Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan cenderamata untuk dia," ujarnya.
Selasa, 27 Julai 2010
'0' Plastic EveryDay!!! - Ada Berani!!!
Isnin, 26 Julai 2010
Kenapa Keras Kepala!
####******####
Pas -UMNO: Cara muzakarah dan ijtihad
Setelah garis panduan mengenai pelaburan saham berdasarkan kepada prinsip syariah telah dilaksanakan, pihak SC mengorak langkah seterusnya kepada pasaran hutang (debt market).Pada waktu itu, sukuk yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia mendapat tentangan yang keras dari dunia Arab. Mereka mengatakan salah satu prinsip yang digunakan adalah tidak halal kerana ia berkaitan dengan perniagaan hutang (debt trading).
Penulis ialah seorang Pengurus Dana Islam yang amat mengharapkan perpaduan Pas-UMNO menjadi satu kenyataan.
*** Setahu saya dari sudut agama orang yang keras dan tidak mahu jalan damai ni, kita kena perangi orang yang keras tersebut. Pak Ustaz mungkin boleh perbetulkan maklumat yang saya perolehi ini.
Rabu, 16 Jun 2010
Boikot
Saya ingin petik kata-kata Hitler yang semua orang tahu tentang orang ni (kalu baca sejarah la) dan kata2 ini juga telah banyak disisipkan dalam beberapa ruangan...."....Saya boleh hapuskan semua yahudi kalu saya mahu (masa dia perintah Jerman la). Tapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu supaya kamu mengenali bangsa ini...."
Menteri kabinet Israel pertimbang longgarkan sekatan di Gaza
16/06/2010 3:26am
BAITULMAQDIS 16 Jun - Kabinet Keselamatan Israel akan bertemu hari ini bagi membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, lapor stesen televisyen.
Kedua-dua saluran umum dan swasta Channel 10 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang menerima tekanan kuat dari pihak antarabangsa, memutuskan untuk "sangat" mengurangkan sekatan dan mengambil langkah-langkah menamatkannya Rabu ini.
Seorang pegawai kanan Israel, yang enggan menyatakan namanya berkata, hanya 15 orang ahli kabinet keselamatan itu sahaja yang menyemak hal berkaitan melucutkan sekatan Gaza hari ini. - AFP
####???? Ini adalah Strategi untuk meredakan kemarahan masyarakat Dunia ????####
PBB agih bantuan kemanusiaan ke Gaza
2010/06/16
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata semalam, ia bersetuju mengambil balik bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas oleh Israel dan mengagihkannya di kawasan penempatan Palestin yang ditutup.
“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah memperoleh kebenaran pemilik tiga kapal yang didaftar di Turki bagi mengambil alih bahan berkenaan dan memikul tanggungjawab memastikan ia diagihkan di Gaza bagi tujuan kemanusiaan,” Penyelaras PBB bagi rantau Asia Barat, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB
Israel merampas bahan bantuan berkenaan yang dibawa dengan kapal yang berdaftar di Turki dalam serangan di perairan antarabangsa 31 Mei lalu, yang meng-akibatkan sembilan aktivis Turki pro-Palestin terkorban.
Pada hari berikutnya, Majlis Keselamatan PBB, dalam sesi mesyuarat tergemparnya, mahukan ‘siasatan segera, berwibawa dan telus’ dijalankan berhubung serangan itu dan mendesak pembebasan serta-merta enam kapal dan beratus-ratus penyokong Palestin yang berada di dalam kapal berkenaan.
Serry berkata Israel kini bersetuju membebaskan semua barangan kargo itu kepada PBB di Gaza, ‘dengan persefahaman bahawa PBB akan menentukan kegunaannya untuk tujuan kemanusiaan di Gaza.’
“Kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pihak berkuasa di Gaza, iaitu Hamas, akan menghormati program PBB yang tidak memihak kepada sesiapa,” tambahnya.
Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Turki kerana memainkan ‘peranan membina’ memudahkan proses berkenaan.
Di BEIRUT, sebuah kapal bantuan yang membawa bekalan perubatan ke Gaza akan berlepas dari Lubnan dalam tempoh beberapa hari, dengan penyertaan berpuluh-puluh aktivis wanita, kata salah seorang penganjurnya.
“Kami mewakili badan bebas wanita yang berhasrat memecahkan sekatan Israel di Gaza dan komited kepada perjuangan melawan Zionis,” kata Samar Hajj, yang menyelaraskan pelayaran kapal berkenaan.
Tegasnya, wanita terbabit tidak ada kaitan dengan kumpulan Hizbullah, atau mana-mana pertubuhan politik. – AFP
####???? Mesyuarat2, adakah terdapat arahan dari negara Amerika? Hamas yang dipilih secara demokrasi pun dinafikan haknya? Diharap keamanan dunia dapat dikembalikan.????####
Selasa, 15 Jun 2010
Piala Dunia Punya Pasal!
2010/06/15
KUALA LUMPUR: Demam bola sepak sudah bermula! Masa satu bulan dari 11 Jun tahun ini adalah satu jangkamasa yang sangat "menarik" bagi peminat bola sepak di seluruh dunia kerana ketika inilah Kejohanan Piala Dunia FIFA ke-19 berlangsung di Afrika Selatan.
Publisiti mengenai kejohanan tersebut begitu menonjol semenjak beberapa bulan yang lalu dan antara slogan promosi adalah "Saksikan Aksinya Dalam Definasi Tinggi". Tetapi apakah sebenarnya "Definasi Tinggi" di kaca televisyen? Menurut pakar elektronik Peter Wong, televisyen definasi tinggi juga dikenali sebagai "HDTV" atau hanya "HD'". "Definasi tinggi merujuk kepada gambar yang mempunyai resolusi tinggi. Berganda lebih tinggi dari sistem televisyen biasa. Televisyen HD ada kelebihan, kerana ia mempunyai satu atau dua juta piksel bagi setiap rangka iaitu lima kali ganda dari television Definasi Standard," katanya. Televisyen definasi standard juga dikenali sebagai SDTV atau SD.
Tuan punya sebuah kedai barangan eletrik di Rawang, Selangor, yang hanya mahu dikenali sebagai Kenneth, berkata jualan televisyen LCD dan LED di kedainya mula meningkat semenjak beberapa bulan sebelum Kejohanan Piala Dunia bermula. "Satu minggu sebelum bermulanya Piala Dunia sahaja, saya berjaya menjual 20 unit televisyen skrin leper LCD. Jualan bagi televisyen LED perlahan sedikit kerana harganya lebih mahal", katanya.
Menurut Kenneth, saiz televisyen yang popular di kalangan pelanggannya ialah dari jenis 40 inci. Katanya, harga televisyen yang dari jenama kurang ternama adalah lebih rendah, sekitar RM1,500 setiap satu dibandingkan dengan model yang berjenama di mana harganya lebih kurang RM2,500 setiap satu. Manakala bagi unit LED, harganya boleh mencecah lebih RM5,000 setiap satu. (Televisyen LED adalah dari jenis "diode pemancar cahaya", manakala LCD pula ialah televisyen "paparan kristal cecair".
Kata Wong, "Televisyen Definasi Tinggi adalah standard televisyen baru yang menggunakan teknologi digital bagi memancarkan gambar serta bunyi yang lebih baik dari segi kualiti". Katanya, televisyen Definasi Tinggi yang pertama mula muncul dalam pasaran pada tahun 1998 dan di negara ini sebuah stesen televisyen satelit sudah mula menawarkan saluran Dimensi Tinggi semenjak awal tahun ini.
Sementara itu, para peniaga barangan elektronik melihat Kejohanan Piala Dunia sebagai satu peluang unik bagi peningkatan jualan mereka kerana lebih ramai pelanggan ingin menyaksikan peristiwa itu melalui siaran televisyen berkualiti tinggi.
Bagi James Ng, pengurus sebuah kedai barangan elektronik di sini, lebih ramai pelanggan telah menunjukkan minat mereka membeli set televisyen yang lebih baru atau lebih baik bagi menonton siaran secara langsung Piala Dunia.
"Bagi musim Piala Dunia, jualan televison LCD kami meningkat. Kami menjangka jualan akan lebih meningkat bila mulanya Kejohanan Piala Dunia nanti," beliau memberitahu penulis pada awal bulan ini.
Menurut Ng, beliau biasanya dapat menjual lima hingga lapan televisyen sehari tetapi kini angka tersebut telah berganda. "Peminat hanya dapat menyaksikan perlawanan di Piala Dunia hanya dalam empat tahun sekali. Jadi pelanggan mahukan televisyen yang lebih besar dan lebih tinggi kualiti seperti dari jenis LCD, Plasma dan LED walaupun harganya adalah mahal", kata beliau. Bagaimanapun, jualan televisyen jenis ini dijangka kembali normal selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia.-Bernama