Rabu, 16 Jun 2010

Boikot


Aku jarang masukkan komen dalam ruangan ini mengenai hal negara kecil ini, bukan saja negara kecil penduduk hanya 17 juta orang saja di dunia ni, malah masyarakat negara kecil ini juga bongkak. Walaupun ada sifat tersebut, tapi aku respect kat masyarakatnya yang banyak melahirkan orang yang pintar, menguasai cabang ilmu niaga dan teknologi. Kalu tidak masakan negara Amerika pun tunduk ngan dia. Aku ingin kongsi ngan rakan2 sekalian untuk belajar yang baik dari masyarakat ni, yang jahat kita jangan ikutlah. Sebab tu la Allah swt mengurniakan akal pada kita...untuk berfikir.

Saya ingin petik kata-kata Hitler yang semua orang tahu tentang orang ni (kalu baca sejarah la) dan kata2 ini juga telah banyak disisipkan dalam beberapa ruangan...."....Saya boleh hapuskan semua yahudi kalu saya mahu (masa dia perintah Jerman la). Tapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu supaya kamu mengenali bangsa ini...."

Renungkan.....

###############@@@@@@@#################

Menteri kabinet Israel pertimbang longgarkan sekatan di Gaza
16/06/2010 3:26am

BAITULMAQDIS 16 Jun - Kabinet Keselamatan Israel akan bertemu hari ini bagi membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza, lapor stesen televisyen.

Kedua-dua saluran umum dan swasta Channel 10 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang menerima tekanan kuat dari pihak antarabangsa, memutuskan untuk "sangat" mengurangkan sekatan dan mengambil langkah-langkah menamatkannya Rabu ini.

Seorang pegawai kanan Israel, yang enggan menyatakan namanya berkata, hanya 15 orang ahli kabinet keselamatan itu sahaja yang menyemak hal berkaitan melucutkan sekatan Gaza hari ini. - AFP

####???? Ini adalah Strategi untuk meredakan kemarahan masyarakat Dunia ????####

PBB agih bantuan kemanusiaan ke Gaza
2010/06/16

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata semalam, ia bersetuju mengambil balik bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas oleh Israel dan mengagihkannya di kawasan penempatan Palestin yang ditutup.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah memperoleh kebenaran pemilik tiga kapal yang didaftar di Turki bagi mengambil alih bahan berkenaan dan memikul tanggungjawab memastikan ia diagihkan di Gaza bagi tujuan kemanusiaan,” Penyelaras PBB bagi rantau Asia Barat, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB

Israel merampas bahan bantuan berkenaan yang dibawa dengan kapal yang berdaftar di Turki dalam serangan di perairan antarabangsa 31 Mei lalu, yang meng-akibatkan sembilan aktivis Turki pro-Palestin terkorban.

Pada hari berikutnya, Majlis Keselamatan PBB, dalam sesi mesyuarat tergemparnya, mahukan ‘siasatan segera, berwibawa dan telus’ dijalankan berhubung serangan itu dan mendesak pembebasan serta-merta enam kapal dan beratus-ratus penyokong Palestin yang berada di dalam kapal berkenaan.

Serry berkata Israel kini bersetuju membebaskan semua barangan kargo itu kepada PBB di Gaza, ‘dengan persefahaman bahawa PBB akan menentukan kegunaannya untuk tujuan kemanusiaan di Gaza.’

“Kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pihak berkuasa di Gaza, iaitu Hamas, akan menghormati program PBB yang tidak memihak kepada sesiapa,” tambahnya.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada Turki kerana memainkan ‘peranan membina’ memudahkan proses berkenaan.
Di BEIRUT, sebuah kapal bantuan yang membawa bekalan perubatan ke Gaza akan berlepas dari Lubnan dalam tempoh beberapa hari, dengan penyertaan berpuluh-puluh aktivis wanita, kata salah seorang penganjurnya.

“Kami mewakili badan bebas wanita yang berhasrat memecahkan sekatan Israel di Gaza dan komited kepada perjuangan melawan Zionis,” kata Samar Hajj, yang menyelaraskan pelayaran kapal berkenaan.

Tegasnya, wanita terbabit tidak ada kaitan dengan kumpulan Hizbullah, atau mana-mana pertubuhan politik. – AFP

####???? Mesyuarat2, adakah terdapat arahan dari negara Amerika? Hamas yang dipilih secara demokrasi pun dinafikan haknya? Diharap keamanan dunia dapat dikembalikan.????####

Selasa, 15 Jun 2010

Piala Dunia Punya Pasal!

Piala Dunia 2010 lonjak jualan televisyen LCD

2010/06/15

KUALA LUMPUR: Demam bola sepak sudah bermula! Masa satu bulan dari 11 Jun tahun ini adalah satu jangkamasa yang sangat "menarik" bagi peminat bola sepak di seluruh dunia kerana ketika inilah Kejohanan Piala Dunia FIFA ke-19 berlangsung di Afrika Selatan.

Publisiti mengenai kejohanan tersebut begitu menonjol semenjak beberapa bulan yang lalu dan antara slogan promosi adalah "Saksikan Aksinya Dalam Definasi Tinggi". Tetapi apakah sebenarnya "Definasi Tinggi" di kaca televisyen? Menurut pakar elektronik Peter Wong, televisyen definasi tinggi juga dikenali sebagai "HDTV" atau hanya "HD'". "Definasi tinggi merujuk kepada gambar yang mempunyai resolusi tinggi. Berganda lebih tinggi dari sistem televisyen biasa. Televisyen HD ada kelebihan, kerana ia mempunyai satu atau dua juta piksel bagi setiap rangka iaitu lima kali ganda dari television Definasi Standard," katanya. Televisyen definasi standard juga dikenali sebagai SDTV atau SD.

Tuan punya sebuah kedai barangan eletrik di Rawang, Selangor, yang hanya mahu dikenali sebagai Kenneth, berkata jualan televisyen LCD dan LED di kedainya mula meningkat semenjak beberapa bulan sebelum Kejohanan Piala Dunia bermula. "Satu minggu sebelum bermulanya Piala Dunia sahaja, saya berjaya menjual 20 unit televisyen skrin leper LCD. Jualan bagi televisyen LED perlahan sedikit kerana harganya lebih mahal", katanya.

Menurut Kenneth, saiz televisyen yang popular di kalangan pelanggannya ialah dari jenis 40 inci. Katanya, harga televisyen yang dari jenama kurang ternama adalah lebih rendah, sekitar RM1,500 setiap satu dibandingkan dengan model yang berjenama di mana harganya lebih kurang RM2,500 setiap satu. Manakala bagi unit LED, harganya boleh mencecah lebih RM5,000 setiap satu. (Televisyen LED adalah dari jenis "diode pemancar cahaya", manakala LCD pula ialah televisyen "paparan kristal cecair".

Kata Wong, "Televisyen Definasi Tinggi adalah standard televisyen baru yang menggunakan teknologi digital bagi memancarkan gambar serta bunyi yang lebih baik dari segi kualiti". Katanya, televisyen Definasi Tinggi yang pertama mula muncul dalam pasaran pada tahun 1998 dan di negara ini sebuah stesen televisyen satelit sudah mula menawarkan saluran Dimensi Tinggi semenjak awal tahun ini.

Sementara itu, para peniaga barangan elektronik melihat Kejohanan Piala Dunia sebagai satu peluang unik bagi peningkatan jualan mereka kerana lebih ramai pelanggan ingin menyaksikan peristiwa itu melalui siaran televisyen berkualiti tinggi.

Bagi James Ng, pengurus sebuah kedai barangan elektronik di sini, lebih ramai pelanggan telah menunjukkan minat mereka membeli set televisyen yang lebih baru atau lebih baik bagi menonton siaran secara langsung Piala Dunia.

"Bagi musim Piala Dunia, jualan televison LCD kami meningkat. Kami menjangka jualan akan lebih meningkat bila mulanya Kejohanan Piala Dunia nanti," beliau memberitahu penulis pada awal bulan ini.

Menurut Ng, beliau biasanya dapat menjual lima hingga lapan televisyen sehari tetapi kini angka tersebut telah berganda. "Peminat hanya dapat menyaksikan perlawanan di Piala Dunia hanya dalam empat tahun sekali. Jadi pelanggan mahukan televisyen yang lebih besar dan lebih tinggi kualiti seperti dari jenis LCD, Plasma dan LED walaupun harganya adalah mahal", kata beliau. Bagaimanapun, jualan televisyen jenis ini dijangka kembali normal selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia.-Bernama


#################@@@@@#################
Aku pun tidak mahu ketinggalan dalam hal ini. Pada 14/06/2010, belilah aku sebuah LCD TV Toshiba sama ngan PDA aku.

Selasa, 8 Jun 2010

MSi Notebook kembali pulih!!!


Aku ingin berkongsi berkaitan dengan rakan2, khususnya di negeri Sabah berkenaan pengalaman aku membaik pulih notebook aku ni. Seingat aku, cerita pasal notebook ini aku pernah kongsi tahun lepas berkenaan masalah yang aku hadapi dengan komputer MSi menyebabkan aku membeli sebuah netbook baru dan sebuah external LCD monitor.

Kesempatan aku ambil bila tempat kerja aku menghantar aku ke KL atas urusan kerja (2 & 3 Jun 2010). Sebelum itu notebook aku yang menghadapi masalah monitor telah merebak ke mainboard disebabkan wiranya anak aku mengerjakannya dirumah. Aku tension...bab komputer ini aku gunakan untuk main game disamping tidak mahu kena ganggu oleh isteri aku yang futher study sekarang ini. Hehehehe. Bebulan juga masalah tu aku letak di kepala aku.

Balik kepada cerita aku ke KL tu. Aku ambik flight kul 10.45 am dari KKIA 2 KLIA bersama Tiger Bit. Alhamdulillah flight tidak delay (Penerbangan dari KK, penyakit dia selalu delay. Sampai masuk news tu). Sampai KL aku dengan Tiger Bit terus menuju ke Jalan Masjid India dan menginap di Hisbiscus Hotel (Budget Hotel, tapi baru 2 bulan buka, merasa juga katil, tilam dan bantal baru). Dari Hotel ambik teksi ke Low Yat Plaza. Kalu peminat barangan komputer ni dia tau la area tu. Kami ke Plaza Imbi sebelah Low Yat tempat aku beli komputer aku tu. Kalu toke boleh bagi free untuk service itu sudah cukup bagus. Toke tu suruh letak 3 hari + RMXXX coz without warranty. Aduh masalah lagi....

Aku tanya sebelah kedai...toke bagi jumpa ngan dia punya technician, test mainboard komputer, comfirm....boleh repair. Harga RM250 dapat RM200. Siap 1 Jam! tunggu saja la. Curi-curi tengok cara dia membaik pulih....siap kena sound tu, dia suruh saya jalan2 dulu. Dia takut susah cari makan kot. Dasar tahi hidung masin. Kahkahkah.....

Aku ke tingkat atas, terkejut melihat bangsa india memenuhi ruangan tu. Bukan India M'sia dari segi rupa dan loghat yang mereka tuturkan. Seingat saya dulu era saya ketika di KL, ia dipenuhi oleh orang M'sia (dan lagi pun sudah lama saya tidak ke area Bukit Bintang ni). Kebanyakan bisnes yang mereka lakukan adalah repair komputer. Aku tanya satu kedai kalu boleh dia baik pulih screen aku tu. Tiada masalah kalu ada saiz screen yang sama di tempat dia. Ok! harga dia bagi RM450 dapat RM430. Siap! juga 1 Jam!.

Hebat nya sudah negara aku ni. Masalah ku bebulan2 sbb coz membaikpulih di KK macam beli sebuah notebook boleh selesai dalam 2 Jam! Keesokan harinya aku boleh bawa semula komputer aku tu tanpa meletakkan nya di beban kawan aku (sebagai perantara plan awalnya). Mungkin perkara yang aku cerita ni rakan2 sudah ketahui lebih awal dari aku.

Cuma aku tertanya2, mengenai warga asing yang mencari rezeki di negara ku. Mana rakyat Malaysia terutamanya graduan2 universiti yang telah mengambil jurusan IT ni. Sedihhhhh.

Isnin, 7 Jun 2010

Happy B'day Sydney Alyaa & Mohammad Danial


"Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Allah Yang Maha Esa yang memberikan rezeki dan kesehatan terhadap diriku dan keluarga ku yang tercinta. Kepada Nya juga aku bermohon agar diberikan kekuatan, kesenangan dan ketenangan fizikal dan rohani dalam mengharungi hari-hari yang mendatang serta dijauhi dari hasutan dan godaan syaitan yang amat menyesatkan"

Lama aku tidak mengupdate blog aku ini. Disebabkan kesibukan kerja, itu yang menjadi malas untuk menulis dalam ruang ini. Mula saat ini aku kena sentiasa mengupdate blogg ini. Dan mungkin akan menarik jika aku ingin kongsikan maklumat bisnes dengan rakan2 untuk dimanfaatkan bersama. Maklumat itu akan menyusul kemudian....tungguuuu.

Ini yang aku nak kongsi dgn rakan2,

Bulan 06 setiap tahun merupakan hari gembira bagi anak aku...aku dan isteri menyambut hari kelahiran untuk anak aku. Kerana bulan Jun merupakan bulan kelahiran bagi Sydney Alyaa (hari lahir 06.06) dan Mohammad Danial (hari lahir 03.06) lahir ke dunia ini. Oleh kerana bulan kelahiran yang sama mudah bagi aku dan isteri untuk menyambut Majlis Kesyukuran...budget pun boleh disekalikan.



Pada 06 Jun (Ahad), Alyaa sudah mencapai umur 4 tahun manakala Danial pada hari tersebut sudah berumur 2 tahun + 3 hari. Kakak makin petah berkata (hari jadi aku dia tolong nyanyikan lagu 'happy b'day'), mungkin ikut GEN aku....:)banyak bercakap. Adik malas bercakap menyebabkan lambat ckit berbanding kakak. Petua orang tua mengatakan adik kena tunggu adik dia yang bakal lahir pada bulan September tahun ini (mengikut jangkaan manusia 'Dr.').

Dikesempatan hari tersebut kami membuat majlis doa selamat sempena sambutan hari jadi mereka berdua dan dihadiri keluarga sebelah isteri. Doa selamat dipanjatkan agar mereka berdua diberikan kesehatan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan mereka di dunia ini.








































Sebagai perkongsian kepada rakan2 yang khusus sudah berkahwin (belum kahwin, cepat2 kahwin), sambutan hari jadi ini perlu disesuaikan dengan norma2 hidup kita dan agama itu mesti didahulukan untuk mendapat keredhaan dari Nya. Saya menyeru kepada rakan2 yang membaca ruangan ini agar mendoakan kesejahteraan bagi anak kami berdua. Dan mohon maaf kepada rakan2 yang terlupa untuk dijemput bersama-sama dalam majlis ini. InsyaAllah di masa akan datang kita akan bersama2 meraikan setiap majis yang ingin dilakukan.

Rabu, 18 November 2009

Tuhan Maha Kuasa

Saat ketika catatan ini dibuat...
Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang mungkin saya tidak lupakan dengan rakan saya 'Tiger Bit'. Perjalanan dari Keningau ke Tawau, atas urusan kerja dengan perancangan yang memang telah dirancang dari Keningau, kami ingin melalui jalan baru yang pernah saya lalui pada tahun 2008.

Keadaan jalan memang ada perubahan SEDIIIIIIKIT! Lori-lori yang mengangkut SUMBER rakyat Sabah (BALAK) memang banyak bilangannya dan tidak kurang hebatnnya dengan menampakkan KERAKUSAN pemilik KONSESI tanpa memikirkan soal KESELAMATAN pengguna macam kami. Menghairankan??? tiada pula KELIBAT sang PENGUATKUASA yang diberikan amanah oleh rakyat Sabah ini. Mungkin tidak mahu UNIFORM yang dibalut ke badan itu akan kotor atau lebih suka duduk dibilik BERHAWA dingin menunggu KAD PERAKAM waktu menunjukkan masa tamat kerja tiba!
Diperjalanan saya dan rakan saya tergaman bila melalui lori balak yang sarat dengan muatannya. Tiba-tiba sebatang kayu balak itu terjatuh/terkeluar dari trailer yang kami menghampirinya. Allah Maha Kuasa! Tiger Bit pantas membrek' kereta Vigonya. Pucat kami dibuatnya. Jarak Balak dengan kereta memang hampir. Mengikut Tiger Bit kiraan masa 3 saat sahaja...sekiranya lewat tekan brek pada waktu itu...Tuhan sahaja mengetahui setiap perjalanan hambanya.
Kepada rakan-rakan yang ingin menggunakan laluan ini...sentiasa berhati-hati bila menghampiri lori balak yang tidak bertamadun ini!

Ahad, 8 November 2009

Yonex lagi!!!

Perjalanan ke Kuala Lumpur, tanpa dirancang hati ku terdetik mencari raket untuk sukan kegemaran ku.

Mulanya rakan sepejabat nolii mengajak untuk bermain badminton. Tiada kelengkapan, cuma yang ada seluar pendek dan kasut sukan yang turut digunakan sebagai kasut untuk jalan-jalan (traveling). Raket....? kawan mesti ada yang memiliki lebih dari sebatang. Pinjam saja.

Ketika main menggunakan senjata kawan....semua lari, smasss, placing bola tak menentu, diringkaskan hati tidak puas la.

Keesokkannya (5.11.2009) saya bawa nolii ke Pertama Kompleks untuk mencari raket dengan kenderaan motor dia. Raket yang dicari ialah Yonex Muscle Power 45Sp. Harga kedai RM359.00 tawar dapat RM300 free tali dan grip. Pada sebelah petangnya, saya try and test raket yang baru itu. Memang baik punya...
Kesimpulannya Yonex memang sesuai untuk yang Pro....macam saya!

Ahad, 30 Ogos 2009

Tiger Soon atau Tiger Beer!


Gambar di atas merupakan kawan satu opis....mengikut ceritanya, dia sudah berjinak-jinak dengan permainan golf. Walau pun tiada bukti lagi (bukti bergambar) yang aku lihat memegang iron2 golf atau gambar di atas padang, apa pun saya amat mengalu-alukan kehadiran beliau dalam team TIGER2 ni.
Saya buat catatan ni kerana beliau sudah ada jolokan nama dalam team ini. Tiger Beer!
Walau pun beliau ada jolokan nama Tiger....saya berpuas hati sekiranya beliau berentap dengan Tiger lain diatas padang! Kah...kah...kah

Selasa, 18 Ogos 2009

Akhirnya Keputusan Beli Baru!!!


Rentetan masalah notebook MSi aku yang LCDnya rosak...aku telah keliling beberapa bangunan di sekitar KK ni untuk bertanyakan kos bagi membaiki /menggantikan monitor tersebut. Malangnya anggaran harga yang ditawarkan kepada aku begitu lumayan sekali. Tambah beberapa ratus ringgit lagi aku sudah boleh membeli sebuah komputer baru atau single LCD bagi menggantikan monitor tersebut.

Keputusan akhir terpaksa dibuat juga! maka aku pun memikirkan untuk membeli sebuah komputer yang tidak seperti 'spec' macam komputer aku dulu dan saiznya yang kecil asalkan aku boleh melayari internet menggunakan broadband aku. Aku terbayangkan komputer mini (laptop) yang ada dipasaran sekarang. Sekali lagi aku round beberapa bangunan untuk melihat komputer yang aku rasakan sesuai untuk di gunakan. Saya melihat pelbagai komputer yang bersaiz kecil, pelbagai jenama dan pelbagai warna yang menarik ada di pasaran. Sungguh menakjubkan teknologi masa kini.

Saya ingat masa dulu bila sembang dengan kawan2 (abs, kid, dan ramai lagi yang tidak boleh disebut disini) bila mau cari barangan elektronik mesti cari saiz yang besar dan berat yang menandakan barangan tersebut adalah 'Ori'. Sekarang tidak lagi 'Man'!

Agak lama saya melihat HP mini di beberapa kedai komputer. Tapi bila melihat komputer Acer Aspire 1 yang monitornya 11 inch saya mematikan hasrat untuk membeli HP dan beralih ke jenama Acer ni.

Perkiraan yang saya buat adalah seperti berikut.

1. Processor - tidak perlu selaju macam komputer berharga RM2++++
2. Monitor - antara 10 inch hingga 12 inch.
3. Berat - asalkan tidak seberat komputer aku yang lama. Senang bila outstation.
4. Keyboard - Kalu boleh besar. Senang menulis di blog.
5. Tujuan - Internet & office application
6. Harga - RM1+++ hingga RM2+++

itulah perkiraan utama saya untuk mendapatkan sebuah komputer tambahan. Akhirnya Acer yang dipilih dan pembelian dilakukan seumur catatan ini di tulis untuk bacaan kangkawan semueeeeeeeee.

Ahad, 16 Ogos 2009

LCD Notebook --- Masalah!




Di saat aku menulis ini...monitor komputer yang aku beli menghadapi masalah! Bukan aku nak kongsi kesedihan aku tapi aku mau syer pengalaman/perbuatan yang kita tidak sengaja.
Kejadian ini berlaku pada waktu malam...15 ogos 2009. Pada waktu tu aku mau gunakan komputer untuk akses internet mau baca maklumat berkaitan negara, sembang ngan kawan2 dan macam-macam lagi dalam dunia internet ni. Aku pun capai komputer. Tidak disangka aku terdengar bunyi retak pada monitor aku ni. Rupa2nya lapisan pada LCD/monitor notebook ni terdapat lapisan kaca yang halus. Tidak semua komputer begitu kejadiaannya? Tapi berhati-hati jika anda memiliki komputer yang kegunaannya untuk bermain games, multimedia atau ingin komputer untuk grafik baik.

Walaubagaimana pun dunia belum gelap ku rasakan...Alhamdulillah kerana aku ada sebuah CRT monitor yang pernah aku gunakan masa aku di 'U' dahulu, dan aku gunakan sekarang ini.

Cuma yang aku kena pikir masalah berkaitan 'mobile' tu. Kena service jugak...kalu harga macam nak beli sebuah komputer? lebih baik aku beli.

Kepada kawan2 yang ada maklumat berkaitan tempat pembaikan di KK ni dan harga berpatutan, bolehlah bagi maklumat tu.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Tiger Wood atau Tiger Bad!

(Gambar - pertama kali main golf, tapi pakai buggy geng! Tiger Pok yang drive...tension dia)

Semua jenis sukan memang saya ingin ceburi....selagi ada kudrat. Bukan sahaja sebagai kesihatan fizikal orang yang bersukan malah ianya juga untuk mental seseorang. Sukan masa di zaman skola/sekolah dahulu memang semua saya ceburi sebab saya memang suka bersukan. Tapi ada juga sukan yang tidak terdapat disekolah itu (masa zaman saya la), macam golf dan tenis.
Dipendekkan cerita...kini saya lebih menumpu kepada permainan badminton! sukan ni saya suka sebab kalu berpeluh...bukan alang-alang geng! dan seronok...boleh kasi provoke, dan kasi AYAM la macam....blogger tukang kabur & dunia tanpa henti tu la.
Pengalaman pertama main golf bersama tiger-tiger yang kurang hebat juga namanya (seperti yang ada dalam gambar).
(Gambar Tiger Bit memukul bola)

Ini kira pengalaman baru bagi saya...memukulnya macam menebas rumput depan rumah atau skola dulu-dulu. Bezanya memang adalah....target menggunakan bola bukan rumput. Seronok memang seronok sebab kita berlawan dengan diri sendiri disamping terdapat tekanan atau pengaruh lain...padang yang tidak rata, perubahan angin yang bertiup dan padang yang kita gunakan, ingin juga digunakan oleh orang korea (hahaha...si pok tekanan pasal ini) serta faktor-faktor lain la....

Apa pun saya memang suka apa jenis sukan pun...untuk menguasainya perlukan belajar teknik sukan itu.

Kepada rakan-rakan yang ada dalam team bulu tangkis Bungkar! mungkin boleh ceburi sukan ini. Saya bersedia jadi Guru anda! (hahahahaaaaa).....

Selasa, 9 Jun 2009

Happy Bday Sydney Alyaa & Mohd Danial!

Yeahhhh Sydney Alyaa sudah 3 Tahun?!




Mohd Danial pun sudah umur 1 Tahun!!!!


Alhamdulillah....baru-baru ini saya dan isteri telah meraikan hari kelahiran Sydney dan Mohd Danial di rumah Mak Mertua di Kepayan pada 06 Jun 2009 (Sabtu). Keluarga yang dekat dan jauh turut bersama meraikan majlis yang telah diadakan. Sahabat/rakan juga turut bersama meraikannya.







Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua. Semoga Sydney dan Danial menjadi insan yang sentiasa mendapat lindungan Allah swt, dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan menjadi anak yang taat kepada orang tuanya. Amin....

Rabu, 3 Disember 2008

PDA baru ~ Kena 'service' pulak

Nak kongsi sikit cerita ngan kawan-kawan dalam blog ni. Mungkin cerita ini merupakan pengalaman dan boleh dijadikan sedikit pengajaran.
Baru-baru ini saya jalan ke 1 Borneo...saja-saja bawa anak bini melihat bangunan yang kira besar juga keluasannya di Kota Kinabalu. Bangunan tu memang agak luas jugak jika dibandingkan dengan bangunan yang ada di KK ni. Premis untuk perniagaan masih juga ada yang kosong...al maklum la...ianya baru.
Pusing dengan anak isteri melihat premis yang menawarkan produk memang ianya melegakan kepenatan yang ditanggung. Dipendekan cerita...ternampak lah sebuah premis yang memasarkan produk/gadget yang baru iaitu PDA phone. Mata ni memanglah melihat design yang ada...terpaku juga dibuatnya. Saya melihat satu jenama yang jarang-jarang ia mengeluarkan produk ni. Saya tertarik disebabkan bentuk yang ditampilkan. Paparan depan macam telefon era 90-an.


Bila buka tu macam PDA era kini. Ia dilengkapi dengan GPS, Keyboard-untuk orang yang suka ber-sms sesuai sangatlah, monitor 3 inch - nak explore internet tu tak da masalah, 3G-membolehkan kita buat video call dengan orang yang ada 3G la. Saya memang nak cari PDA phone yang macam ni sebab nak buat video call dengan anak yang berusia 2 tahun 6 buan. Selain guna untuk simpan maklumat penting seperti nota ceramah, nota peribadi dan calendar.

(http://www.toshiba-europe.com/mobile/)

Kawan lihat, memang selalu membangkang la pasal jenama la...dan lain-lain lagi. Aku tak kisah yang penting aku suka...hahaha.

Aku pakai PDA ni kira seminggu jugak la...pasal aplication software dalam tu tak payah cerita la. Memang selalu download dan guna berdasarkan keperluan. Terfikir juga nak tukar 'OS' tu...coz 'OS' windows mobile 6.1 dah ada dah. Aku carilah di internet sekiranya ada boleh la aku install ngan baru. Terjumpa la satu software yang sekarang ini digunakan oleh Samsung...kalu tak silapla. Saya pun install...buat soft reset seperti yang diarahkan...tiba-tiba monitor jadi blank. Ingatkan power battery takda. Aku pun cas la PDA phone tu. Yang peliknya cas elektrik tu juga tak masuk2 ke dalam PDA fon. Aku pun pening. Buka manual book, buka battery dan macam-macam lagi la, pun tak berjaya.

Lastly aku pun bungkus PDA phone tu dan hantar ke Kedai untuk minta sevice...sekarang ni aku guna telefon anak aku. Rasa lain juga bila dan biasa menggunakan PDA phone ni.....

Jumaat, 10 Oktober 2008

Jalan baru Twu - Keningau



"KALAU TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN"...tukangkabur.blogspot.com


Pengalaman menarik ikut jalan baru Tawau - Keningau. Walau pun grabel tapi perjalanan jadi singkat. seronok pulak aku mau balik kampung.


Tanya kawan...tiada sorang pun ikut jalan sana. Jadi ndak merasa la pengalaman. Tapi memang menarik, jalan besar, gaung dan bukit bukau kurang..berbanding jalan yang biasa. Catatan yang ndak rasmi seperti dalam catatan di kereta 450KM bermakna 100KM kurang daripada jalan yang biasa.


Cabaran biasa la....selain jalan belum diratakan...tiada stesen minyak...dan tiada kampung yang dihuni dgn ramai org (biasa la pedalaman). Kereta dgn kelajuan 80KM/jam tiada masalah..kalu kereta 4wd makan habuk aku dibuat diorang.


Bila aku nampak kawan ada motto macam diatas aku rasa dalam blogg aku ni pun mau juga buat motto..tapi ndak rasmi lagi la....ini percubaan....


Kalu takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai

Raya punya pasal!!!


Alhamdulillah....walaupun aidilfitri masih dirayakan...hari pertama aidilfitri adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Bagi saya raya tahun ini semua dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di Kg, raya pertama buat sedikit open house, raya kedua buat majlis Akikah dan cukur rambut anak. Moga-moga bertambah lagi rezeki.

Raya tahun ini, banyak juga budget dikeluarkan...maklum sajalah hidup berkeluarga ni tidak sama dengan hidup dimasa bujang...bukan macam rakan (duniatanpahenti.blogspot.com & tukangkabur.blogspot.com), boleh bergaya dengan handphone, x-sesori kereta dan reket baru ? suruh simpan duit untuk bebini...ndak ikut nasihat!!! ULUNG!!!
Baju melayu...pakai saja tahun lepas punya, seluar jeans masih ok dan tahun ini ada beli juga di Jakarta, levi's. Tahun ini, baju saja la. Ini yang mau cerita ni.....pasal baju. Beli baju dengan isteri di Wisma Merdeka. Batik made in Hong Kong. Harga pun menarik jugak RM89. Konon-konon kalu di Tawau tiada la sama masa raya ni. Tapi lepas saja raya masa kita ke bandar..adalah seorang hamba Allah ni, dia pun pakai baju yang sama, nasib baik kita tidak pakai baju tu. Isteri sejukkan la hati kita...konon2 si pakcik tu baru balik dari melancong dari HK. Plan nanti rasanya nak jual dekat mudah.com....he..he..he